Nadrah sedang menjeling Ina
Inilah Ina atau nama sebenarnya Azrina binti Abdul Razak keluarga baru Galeri Percha. Sebelum ini, tak sempat pulak nak ambil gambar Zuraidah atau Zu yang menggantikan Yana selepas dia berhenti bekerja dengan kami. Ina dan Zu merupakan kawan rapat semasa zaman persekolahan mereka. Kedua-duanya merupakan gadis-gadis bijak harapan negara (ewah..) yang sanggup mengetepikan masa senggang mereka dengan bekerja sementara dengan kami...sementara menunggu mendapat kerja tetap atau menunggu panggilan kemasukan untuk melanjutkan pelajaran. Alhamdulillah, gadis-gadis sekarang semuanya dikurniakan Allah akal yang cerdas.
Setakat ini, Inalah yang membantu mengoperasi Galeri Percha. Ina merupakan seorang yang ramah, kelakar dan mudah dibawa berunding...kadang-kadang gabra jugak..(hehe...jangan marah ye, Ina). Ina menamatkan persekolahannya di SMK Ambrose, Ayer Tawar, Perak dan melanjutkan pelajarannya dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Mekatronik di Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)....pandai cipta robot dia ni...tak lama lagi Galeri Percha akan ada sebuah robot pembantu khas untuk kerja-kerja mengemas kedai. Ina juga boleh berbahasa Jepun. Pantang ada pelanggan Jepun masuk ke kedai, dia mula teruja untuk mencuba kemahiran bahasa Jepunnya.
Bersama Ina ialah anak sulung kepada pemilik Galeri Percha. Nadrah namanya. Dia berusia 13 tahun dan bersekolah di SMJK Dindings, Lumut, Perak. Nadrah juga gemar kepada seni dan kraf. Di masa lapangnya atau pada cuti-cuti sekolah, Nadrah akan hadir ke kedai untuk membantu ibunya dan Ina menguruskan kedai..tapi..gaji sikit la...budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak..nanti hilang.

No comments:
Post a Comment